Johor Bahru, 06 Februari 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal dan bacaan ikrar oleh Puan Fausta Angela Jout Anak Vincent. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT TIMBALAN SUK PEMBANGUNAN NEGERI JOHOR
Iskandar Puteri, 06 Februari 2025 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah, Dr. Sia Say Gee dan En. Norhazidi Masrom (Ketua Unit Geosains) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan).telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah. Turut serta ialah Penolong Pegawai Daerah, Puan Noor Nabilah binti Masnawi dan Penolong Jurutera Kanan, En. Mohd Hasrul Fahmee bin Hashim.
Selamat Bertukar En. Mohd Saifuddin Ghazali
IPOH, 28 Januari 2025: Hari ini, kita mengucapkan selamat tinggal kepada En. Saifuddin Ghazali, Pembantu Khidmat Am di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh, yang akan menyambung tugas di Jabatan Veterinar, Setiu, Terengganu.
Terima kasih En. Saifuddin di atas segala usaha dan jasa yang telah diberikan. Semoga berjaya dalam setiap langkah yang akan datang. Kami di Bahagian Perkhidmatan Teknikal sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda!
SELAMAT BERSARA SAHABAT..!
IPOH, 28 JAN 2025: Hari ini adalah hari terakhir bertugas bagi Pengarah Perkhidmatan Makmal, En. Mohd Fauzi Muhammad Said yang akan bersara pilihan pada 31 Januari 2025. Pihak jabatan khususnya semua pegawai dan kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Cawangan Perkhidmatan Makmal mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sumbangan dan tunjukajar sepanjang 31 tahun berkhidmat di Jabatan Mineral dan Geosains.
Hari ini, kita mengucapkan selamat tinggal kepada seorang ketua yang luar biasa, yang telah memberikan sumbangan besar sepanjang bertugas di Jabatan Mineral dan Geosains. Sumbangan besar beliau adalah memperkukuhkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO/IEC 17025, menaiktaraf Muzium Geologi, Makmal Ipoh, Makmal Kuantan dan Unit Pakar BPT. Dengan penuh dedikasi dan komitmen, beliau telah banyak membawa perubahan positif dan meningkatkan prestasi jabatan.
Semoga En. Fauzi diberikan kesihatan yang baik di usia persaraan ini, dan berbahagia bersama keluarga.