Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan anjuran bersama Institut Kejuruteraan Galian Malaysia telah mengadakan satu program Syarahan Teknikal yang bertajuk “New Technologies In Stabilizing Mine Sites In Australia – Erosion, Sediment and Rehabilitation” pada 20 April 2017 (hari Khamis) bertempat di Dewan Seminar PPM.
Syarahan ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri dari agensi kerajaan dan swasta. Peserta dari agensi kerajaan kebanyakkannya adalah daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains manakala dari agensi swasta pula kebanyakannya dihadiri oleh pengusaha lombong dari seluruh Malaysia. Syarahan tersebut disampaikan oleh Encik Collin Schiller, Pengarah Walshs Seeds Pty Ltd. Australia dan juga Encik Leong Kwok Wing dari CHT Natural Solutions.