kursus aplikasi XRD

kursus aplikasi XRD

Satu kursus aplikasi XRD telah dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Kursus aplikasi XRD telah diadakan pada 5 April 2017 di Dewan seminar PPM dan makmal XRD Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Kursus ini berlangsung selama satu hari dan telah dirasmikan oleh ketua cawangan pelaksana pengkomersialan,  En. Aminudin Bin Mahmud. Seramai sepuluh (10) orang Pegawai Penyelidik, empat (4) orang Penolong Pegawai Penyelidik, enam (6) orang  Pembantu Penyelidik , dua (2) orang Pembantu Operasi, seorang (1) orang Pembantu Awam.

Baca selanjutnya

LAWATAN SAMBIL BELAJAR THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR THE UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL (PPM)

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) berbesar hati menerima kunjungan seramai 165 orang pelajar dan pensyarah dari The University of Nottingham (Malaysia Campus), jurusan Mechanical Engineering (Geology), tahun pertama kepada 2 kumpulan iaitu pada 6 dan 13 April 2017 yang lalu.

Bagi lawatan kumpulan pertama, antara aktiviti yang diadakan semasa lawatan tersebut ialah taklimat di Dewan Seminar dan penyerahan cenderahati oleh En. Aminudin Mahmud, Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan kepada wakil The University of Nottingham, lawatan ke Galeri Penyelidikan dan taklimat ringkas aktiviti R&D PPM oleh Puan Roshaida Arbain dan seterusnya lawatan ke Makmal Cawangan Teknologi Bahan Lempung (CTBL) yang diketuai oleh Haji Kori Mohamed.

Baca selanjutnya

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) AWAM ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH (TEKAD) AWAM ANJURAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

Gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin meningkat di mana dadah yang pada asalnya banyak digunakan dalam bidang perubatan sebenarnya tidak berbahaya jika ianya tidak disalahgunakan. Masalah penyalahgunaan ini timbul apabila masyarakat mengunakan dadah untuk kepuasan dan keseronokan diri sendiri. Oleh yang demikian, penyalahgunaan dadah terutama sekali di tempat kerja boleh mengakibatkan kurang keupayaan untuk bekerja, membawa masalah kepada majikan serta menjejaskan imej organisasi jabatan.

Justeru itu, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh (PPM) dengan kerjasama pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kinta telah mengadakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Awam pada Selasa, 11 April 2017 bertempat di Dewan Seminar, PPM.

Baca selanjutnya

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Petronas Research Sdn Bhd (PRSB)

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Petronas Research Sdn Bhd (PRSB)

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara JMG dan Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) telah berjaya diadakan bertempat di Petronas Research Sdn Bhd, Bangi pada 16 Mac 2017 yang lalu. Perjanjian tersebut telah ditandatangani antara JMG yang diwakili oleh Ketua Pengarah JMG, YBhg Datuk Hj Mior Sallehhuddin Bin Mior Jadid dan Syarikat PRSB yang diwakili oleh Ketua Teknologi Penyelidikan (Head Technology Research) merangkap CEO Syarikat PRSB, Dr Syahidah bt Md Shariff.

Tujuan perjanjian ini ditandatangani adalah bagi menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang penghasilan kalsium karbonat termendak (precipitated calcium carbonate, PCC). Kerjasama antara PRSB dan JMG melalui Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) adalah bagi menentusahkan konsep penghasilan PCC mengunakan kaedah yang telah dibangunkan oleh penyelidikan daripada cawangan tersebut. PPM. Dengan termeterainya perjanjian ini, pihak JMG dan PRSB adalah selangkah ke depan dalam membangunkan penyelidikan dan pembangunan yang menjurus kepada industri minyak dan gas.

Baca selanjutnya

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) BIL 3/2017 DAN PROGRAM TURUN PADANG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN (JTPK) BIL 3/2017 DAN PROGRAM TURUN PADANG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

Buat pertama kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) BIL 3/2017 dan Program Turun Padang Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ke Kompleks JMG Ipoh yang telah diadakan pada 28 Mac 2017.

Sebelum mesyuarat dijalankan, YBhg Dato’ Sri Azizan Bin Ahmad (Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) bersama YBhg Dato’ Dr. Nadzri Bin Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Ketua–ketua Jabatan di NRE serta Pengarah–pengarah Kanan, telah meluangkan masa melawat ke Makmal Teknologi Berasaskan Silika bagi melihat demostrasi pembuatan kaca kristal. Seterusnya, mesyuarat telah diadakan di Dewan Seminar sejurus selepas semua ahli mesyuarat menikmati jamuan makan tengahari.

Baca selanjutnya