Pada awal bulan Mac yang lalu, Cawangan Teknologi Berasaskan Silika (CTBS), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menghantar seramai empat(4) orang pegawai untuk menjalani latihan pembuatan jubin seramik. Latihan ini diadakan selama tiga(3) hari bermula pada 6 - 8 Mac 2018 bertempat di Ceramic Research Centre Company, Klang Selangor. Empat(4) orang pegawai yang mengambil bahagian adalah Encik Mohd Idham bin Mustaffar, Pegawai Penyelidik Gred Q44, Encik Mohd Razli bin Mohd Latif, Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29, Encik Muhammad Azammudin bin Ahmad Fauzi, Pembantu Penyelidik Gred Q19 dan Cik Suzie Suliana binti Hashim, Pembantu Penyelidik Gred Q19.
Objektif latihan ini adalah antara lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan dengan kaedah pembuatan jubin seramik secara hands-on yang berkait rapat dengan R&D pembuatan kaca-seramik yang dilaksanakan di CTBS sekaligus dapat meningkatkan kualiti R&D di CTBS khasnya. Sambil menyelam minum air, pegawai yang menghadiri latihan tersebut juga dapat bertukar-tukar idea dan pendapat dengan peserta lain iaitu dari industri jubin seramik yang juga turut serta dalam program berkenaan.