PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2017

PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI 2017

Pada 23 dan 24 Ogos 2017 iaitu di penghujung latihan industri, satu Perkongsian Ilmu dan Pembentangan Laporan Akhir Pelajar Latihan Industri telah diadakan di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, JMG, Ipoh. Para pelajar telah membentangkan laporan mereka sepanjang 3 bulan mereka menjalani latihan industri di sini. Kesemua 10 pelajar latihan industri telah berjaya menamatkan latihan dengan jayanya dan membentangkan laporan serta hasil kajian mereka dengan begitu baik sekali.

Baca selanjutnya

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JMG menggondol Pingat EMAS DALAM iidex2017

PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JMG menggondol Pingat EMAS DALAM iidex2017

Sepasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul  pingat emas dalam pertandingan sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2017 (iidex2017) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 25 - 29 September 2017 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Baca selanjutnya

Sambutan Kemerdekaan PPM 2017

Sambutan Kemerdekaan PPM 2017

Untuk mengenang kembali detik bersejarah kemerdekaan negara, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan hari sambutan kemerdekaan peringkat PPM. AJK Sambutan Kemerdekaan Peringkat PPM telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi Sambutan Kemerdekaan kali ke 60 pada tahun 2017 ini.  Aktiviti ini dimulai dengan pemasangan bendera Malaysia di sepanjang pagar hadapan pejabat ini pada 15hb Ogos yang lalu dan akan dikekalkan sehingga 16 September 2017. Acara sambutan rasmi diadakan pada 25 Ogos 2017 dimulai dengan upacara menaikkan bendera Malaysia, lagu Negaraku, lagu Jalur Gemilang dan bacaan ikrar. Selepas itu diikuti dengan perutusan hari merdeka oleh Timbalan Pengarah, senamrobik yang dikelolakan oleh SU dan AJK Sukan dan Rekreasi KSK PPM. Untuk memeriahkan lagi sambutan hari merdeka ini, satu permainan ringkas ala-ala explorace telah diadakan. Manakala tayangan montaj ringkas mengenai transformasi kemerdekaan telah diadakan pada sebelah petang semasa Perhimpunanan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral.

Baca selanjutnya

SESI PERKONGSIAN ILMU ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL IPOH

SESI PERKONGSIAN ILMU ANTARA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DENGAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL IPOH

Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh berbesar hati menerima kunjungan seramai 25 orang Pegawai daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 17 Ogos 2017 (Selasa).Taklimat mengenai geologi Malaysia, mineral serta status pengurusan mineral di Malaysia dan juga maklumat, iaitu mineral yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia telah disampaikan. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs En Aminudin Mahmud, Pegawai latihan PPM.

Baca selanjutnya

KURSUS PEMANTAPAN KECEMERLANGAN DIRI, PASUKAN DAN ORGANISASI

KURSUS PEMANTAPAN KECEMERLANGAN DIRI, PASUKAN DAN ORGANISASI

Seramai 50 orang kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Ipoh telah menyertai Kursus Pemantapan Kecemerlangan Diri, Pasukan dan Organisasi (PKDPO) yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 hingga 29 Ogos 2017. Antara aktiviti yang telah diikuti sepanjang kursus ini ceramah berkaitan kecemerlangan diri dan kerja berpasukan. Aktiviti-aktiviti berkumpulan juga ditumpukan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan diri dan pemantapan kerja berpasukan. Kursus ini dirasmikan oleh YBrs En Aminudin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM.

Baca selanjutnya