Program Mentor Mentee bagi Pegawai Penyelidik dijalankan dengan sempurna

Program Mentor Mentee bagi Pegawai Penyelidik dijalankan dengan sempurna

PPM sekali lagi telah berjaya menjalankan Program Mentor Mentee untuk para pegawai penyelidik pada 20 Mac 2018. Program tersebut dijalankan di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Seramai 14 orang pegawai penyelidik terlibat dalam program tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pegawai yang senior berkongsi pengalaman kerja serta ilmu penyelidikan dan kemahiran kepada para pegawai penyelidik yang baharu. Mentor untuk program kali ini ialah Tn Hj Abdul Rois Bin Abdul Mois, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung, PPM.

Baca selanjutnya

PPM MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

PPM MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

Pada 22 Mac 2018, PPM telah menerima pelawat dari pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia, Nottingham University, Selangor. Seramai 40 orang pelajar dan pensyarah mengikuti lawatan ini.Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendapat maklumat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu berkaitan dengan mineral yang terdapat di Malaysia, serta kerja-kerja penyelidikan yang dilakukan di PPM.

Dua orang pengiring yang hadir bersama-sama dengan para pelajar ialah Dr Nishanth dan Phon Mun Haeng. Pegawai-pegawai penyelidik daripada PPM yang terlibat untuk mengendalikan lawatan tersebut ialah Pn Roshaida Binti Arbain dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pn Hamizah Binti Abd Samad dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) dan Cik Norinsafrina Binti Mustaffa Kamal dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK).

Baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA

GOTONG ROYONG PERDANA

IPOH 7 Mac 2018, di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN), Unit Pengurusan Sumber Manusia (PSM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PPMJMG dan Kelab Sukan dan Kebajikan PPMJMG telah menganjurkan satu program ‘Corporate Sosial Responsibility’ (CSR) yang merupakan program Gotong-Royong Perdana membersihkan tanah wakaf perkuburan di Tanjung Rambutan  dan masjid di Ulu Kinta. Program ini juga dianjurkan  bersama dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Melayu Batu 8,  JKKK Tanjung Rambutan, JKKK Kg Tersusun Batu 8 & Bandar Baru Putra & MDP Villa, Anggota Polis Gerak AM (PGA) dan Majlis Bandaraya (MBI).  

Baca selanjutnya

PEMUSNAHAN REKOD AWAM (ARKIB 2/08) OLEH CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

PEMUSNAHAN REKOD AWAM (ARKIB 2/08) OLEH CAWANGAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Pada 28.2.2018 Pusat Penyelidikan Mineral, Cawangan Pentadbiran Dan Kewangan telah melaksanakan pemusnahan rekod awam secara bakar di Stesen Ujian Galian (SUGA) Malim Nawar, Perak.

Seramai 12 orang kakitangan terlibat dalam menjalankan proses pemusnahan ini. Sebelum pemusnahan dijalankan, jabatan ini telah mendapat kebenaran pemusnahan rekod awam oleh Arkib Negara Malaysia Negeri Perak Rujukan No: ARKIBPRK.600-6/31/2 (4).

Baca selanjutnya

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh telah menganjurkan Program Strategi Meningkatkan Kreativiti Kumpulan Pelaksana dan juga Lawatan Kerja Geopark di Kedah dan Pulau Pinang pada 13 hingga 16 Mac 2018. Program strategik telah diadakan  di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh kakitangan Sokongan 1 dan staf Unit Pentadbiran dan Kewangan PPM. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dikalangan wargakerja PPM dan bersama-sama komited dan bertanggungjawab serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya kearah memastikan perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.

Baca selanjutnya