BENGKEL ACID MINE DRAINAGE (AMD) Anjuran Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

BENGKEL ACID MINE DRAINAGE (AMD)  Anjuran Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

Bengkel Acid Mine Drainage (AMD) telah diadakan pada 29 hingga 30 November 2017. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP). Bengkel ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari pertama diadakan syarahan yang bertempat di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral manakala pada hari kedua ialah program lawatan ke Lombong Rahman Hydraulic Tin (RHT) Sdn. Bhd. Pengkalan Hulu, Perak.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan pembantu penyelidik PPM serta 5 orang pegawai dan pembantu geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Mineral dan Geosains negeri Perak telah mengikuti bengkel ini.

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Malek bin Selamat, Pegawai Penyelidik Q52, mewakili Tuan Pengarah PPM.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA KE MUZIUM PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH KINTA DAN KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG (TT5)

 LAWATAN KERJA KE MUZIUM PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH KINTA DAN KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG (TT5)

Pada 1 November 2017, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta dan Kapal Korek Tanjung Tualang. Lawatan ini telah dianjurkan oleh PPM dengan kerjasama Unit Latihan, Cawangan Pelaksana Pengkormesialan (CPP). Seramai 25 orang pegawai dan pembantu penyelidik telah menyertai lawatan ini. Lawatan kerja ini diketuai oleh En Aminudin bin Mahmud, Pegawai Latihan, PPM.

Destinasi lawatan yang pertama adalah ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta di Kampar, Perak. Muzium ini memfokuskan kaedah melombong bijih timah secara pam kelikir. Pengunjung didedahkan dengan panorama perlombongan bijih timah dilengkapi dengan palong untuk memberi pemahaman mengenai kerja-kerja perlombongan. Foto-foto dan statistik perubahan harga timah dunia menunjukkan trend perindustrian bijih timah di Malaysia yang pernah menjadi pengeksport terbesar bijih timah pada masa dahulu. Selain itu, muzium ini juga dipenuhi dengan dokumen dan persuratan mengenai perjanjian perlombongan bijih timah dan perjanjian perdamaian dahulu.

Baca selanjutnya

PEMBANTU PENYELIDIK Q19 BAHARU Pusat Penyelidikan Mineral

PEMBANTU PENYELIDIK Q19 BAHARU Pusat Penyelidikan Mineral

Pada Oktober 2017, Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh telah menerima 13 orang Pembantu Penyelidik Q19 baharu. Kehadiran pembantu penyelidik baharu ini sebagai mengisi kekosongan jawatan Pembantu Penyelidik Q19 yang sedia ada di PPM.

Sepanjang bulan Oktober, kakitangan baharu ini akan mengikuti program orientasi dalaman dan sangkutan di semua Cawangan PPM, sebelum ditempatkan ke cawangan-cawangan teknikal PPM.

Dengan pengisian pembantu penyelidik baharu ini diharapkan agar kerja-kerja R&D PPM dapat berjalan dengan lebih lancar.

Baca selanjutnya

HARI INOVASI PPM 2017

HARI INOVASI PPM 2017

SAMBUTAN HARI INOVASI  PPM 2017 telah  diadakan pada 20 November 2017 di Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JMG, Tn. Hj. Shahar Effendi bin Abdullah Azizi sekaligus dengan pelancaran Hari Inovasi JMG 2017.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh En Aminudin bin Mahmud, Timbalan Pengarah PPM, selaku Pengerusi Jawatankuasa Hari Inovasi PPM 2017. PPM mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Mineral dan Geosains kerana memilih PPM sebagai venue Pelancaran Hari Inovasi JMG pelancaran  Majlis ini juga turut disertai oleh En. Mohd Badzran bin Mat Taib (Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG) dan Che Ibrahim bin Mat Saman (Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Perancangan dan Pengurusan JMG). Sejumlah 83 orang kakitangan PPM terlibat dan hadir termasuk Tuan Pengarah dan ketua cawangan. Majlis  berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan perasmian gazebo di SUGA dengan gimik perasmian melepaskan burung terkukur dan penanaman pokok delima di tepi gazebo.

Baca selanjutnya

8TH MINERAL SYMPOSIUM 2017 (SIMPOMIN 2017)

8TH MINERAL SYMPOSIUM 2017 (SIMPOMIN 2017)

Simposium Mineral adalah salah satu platform bagi kakitangan di JMG terutamanya kepada Pegawai-Pegawai Penyelidik bagi membentangkan hasil kajian serta kertas kerja  mereka dan bertukar pendapat dan pandangan mengenai teknologi, inovasi dan pengkomersialan yang berkaitan dengan industri mineral. Tahun ini merupakan kali ke-8 bagi program ini yang telah berjaya dianjurkan semenjak Simposium Mineral yang pertama pada tahun 2002, diikuti oleh 2004, 2007, 2009, 2011, 2013 dan 2015. Justeru itu pada Simposium Mineral ke – 8 telah diadakan pada 26 hingga 27 September 2017 di Casuarina @ Meru Hotel, Ipoh Perak. Pada kali ini SIMPOMIN 2017 diadakan secara back-to-back dengan Persidangan JMG 2017 yang diadakan pada 28 September 2017.

Baca selanjutnya