Lawatan ke Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd dan Rich Marvelous Sdn Bhd di Pahang

Lawatan ke Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd dan Rich Marvelous Sdn Bhd di Pahang

7 - 9 Mac 2016 -  Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh, telah mengadakan satu lawatan sambil belajar dan pengambilan sampel kajian projek penyelidikan di Selinsing Gold Mine Manager  Sdn Bhd di Kuala Lipis, Pahang dan Rich Marvellous Sdn Bhd di Bentong, Pahang. Tujuan lawatan adalah untuk pengambilan sampel kajian projek penyelidikan bijih kompleks serta memberi pendedahan kepada para kakitangan tentang aktiviti pemprosesan bijih emas dan juga bijih timah berskala loji.  Kakitangan CTPM juga telah dibawa melawat ke tapak perlombongan dan juga ke loji pemprosesan emas di Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd dan pemprosesan bijih timah di Rich Marvellous Sdn Bhd. Dengan pendedahan ini, kakitangan CTPM yang mempunyai pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi skop Ujian Perkhidmatan Bijih Timah dapat mempertingkatkan lagi kompentasi mereka dalam menjalankan perkhidmatan pemprosesan mineral. 

Baca selanjutnya

International Conference of Gobal Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016)

International Conference of Gobal Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016)

27 – 29 Januari 2016 - Pegawai Penyelidik PPM, En Anuar Bin Othman telah membentangkan kertas kerja poster bertajuk “PRODUCING PRECIPITATED CALCIUM CARBONATE BY FLOWING IONIC SOLUTION FROM COLUMN”  di The 3rd International Conference of Global Network for Innovative Technology 2016 (IGNITE 2016) yang telah diadakan di Hotel Evergreen Laurel, Pulau Pinang. Konferen ini adalah anjuran bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, USM, Nibong Tebal Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Toyohashi, Jepun.

KEM MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA

KEM MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA

PPM, 12 – 13 Mac, 2016    -    Program Kem Motivasi Keluarga Bahagia merupakan salah satu program anjuran AKRAB Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) PPM. Ianya telah dianjurkan pada 12-13 Mac 2016 selama dua hari dan bertempat di kawasan peranginan D’ Lereng, Chepor, Perak.  Seramai enam puluh lima (65) peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan dan anak-anak kakitangan.  Majlis telah dimeriahkan dengan ucapan Yang Dipertua  KSKPPM, Dr Hj IzharAbadi bin Ibrahim Rais dan diikuti pula perasmiannya oleh Pengarah PPM iaitu En Md Muzayin Bin Alimon.

Baca selanjutnya

Mini Lab Pemantauan Habuk dan QPINs

Mini Lab Pemantauan Habuk dan QPINs

18 dan 19 Mac 2016 - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan Mini Lab Pemantauan Habuk dan QPINs bagi memperkenalkan peralatan pemantauan habuk serta QPINs yang telah direkacipta untuk fungsi berkaitan. Tujuan Mini Lab ini juga adalah untuk mendapatkan maklumbalas dari para peserta bagi memperbaiki QPINs sedia ada. Mini Lab kali ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta, terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPM serta peserta jemputan dari IPTA dan pihak swasta.

Baca selanjutnya