Lawatan dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Lawatan dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Pada 11 Ogos 2016, Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan pensyarah/ penyelidik dari Pusat Kajian Nadir Bumi (RERC), Universiti Malaysia Pahang (UMP). Kumpulan ini terdiri daripada Pengarah RERC sendiri iaitu Dato Prof. Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz bersama-sama dengan Dr Mohd Yusri Mohd Yunus (Research Felo (RERC) / Pensyarah), Dr Mohd Aizuddin Abd Aziz (Research Felo (RERC) / Pensyarah) dan Dr Nurul Ain Ismail (Pegawai Penyelidik RERC).

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan sampel monazite dan xenotime bagi tujuan kajian penyelidikan mereka disamping mengadakan jalinan kerjasama dengan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) untuk projek yang berkaitan dengan pemprosesan mineral.

Baca selanjutnya

FIESTA DURIAN 2016 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

FIESTA DURIAN 2016 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Tanggal 5hb Ogos 2016, Kelab Sukan dan Kebajikan PPM telah mengadakan fiesta durian 2016. Fiesta durian ini julung kalinya diadakan di perkarangan PPM setelah mendapat sambutan yang mengalakkan dari ahli kelab KSKPPM. Pada kali ini, sambutan fiesta durian 2016 begitu meriah dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPM iaitu Encik Mahadi bin Abu Hassan dan YDP KSK iaitu Tuan Dr Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais. Disamping itu juga, pada fiesta kali ini Kelab Sukan dan Kebajikan berbesar hati meraikan mantan NYDP iaitu Encik Mohamad Zainudin bin Abdullah yang bakal bersara pada 13.08.2016.

Baca selanjutnya

GOTONG ROYONG PERDANA PPM 2016

GOTONG ROYONG PERDANA PPM 2016

PPM telah berjaya mengadakan aktiviti “Gotong Royong Perdana PPM 2016” pada 3 Ogos 2016 bertempat di SUGA, Malim Nawar Perak. Program Gotong Royong Perdana PPM 2016 ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Keceriaan dan Gotong Royong PPM di mana ia merupakan program tahunan yang dianjurkan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.  Pada tahun ini tumpuan aktiviti adalah untuk mencantik dan menceriakan lagi kawasan persekitaran SUGA di Malim Nawar, Perak.

Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memenuhi pengisian program ini seperti pembersihan di sekitar pokok jejawi, memotong rumput dan pokok-pokok di kawasan bukit tangki air, memotong pokok menjalar dan membersihkan sekitar pagar dan pintu masuk ke SUGA serta penanaman pokok buah-buahan.  Aktiviti yang dirancang ini telah mendapat kerjasama dan penglibatan yang sungguh baik dari peringkat pegawai sehingga ke kakitangan-kakitangan sokongan di PPM. Tujuan program ini juga adalah untuk menyemai sikap cintakan alam sekitar serta memupuk rasa kasih sayang dan bertanggungjawab kepada pemeliharaan kawasan SUGA.

Baca selanjutnya

LAWATAN DELEGASI DARI JABATAN SUMBER MINERAL (DMR), THAILAND KE PPM

LAWATAN DELEGASI DARI JABATAN SUMBER MINERAL (DMR), THAILAND KE PPM

Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan delegasi seramai 9 orang pegawai diketuai oleh En. Montri Luengingkasoot, Pengarah, Biro Sumber Mineral, Jabatan Sumber Mineral, Thailand pada 29 Julai 2016. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau operasi dan mengumpul maklumat mengenai PPM sebagai persediaan untuk  mereka menubuhkan satu pusat penyelidikan dalam bidang mineral di Thailand.

Lawatan sehari ini bermula dengan ucapan pengenalan oleh Pengarah PPM, En. Md. Muzayin bin Alimon dan sesi taklimat pula telah disampaikan oleh En. Aminudin bin Mahmud. Selepas itu, rombongan ini dibawa melawat ke makmal-makmal dimulai dengan makmal Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), makmal FESEM dan ICP di bawah Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian dan makmal Cawangan Teknologi Bahan Termaju. Program pada tengahari berakhir dengan lawatan dan sesi bergambar di Galeri Penyelidikan PPM dan makan tengahari di Dewan Serbaguna.

Baca selanjutnya