Mersing, 19 April 2017 - Pertubuhan Ihsan Johor iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2016 atas inisiatif Kerajaan Negeri Johor oleh YAB Menteri Besar telah mengadakan lawatan kerja ke telaga air tanah yang dibangunkan oleh JMG di Pulau Besar, Mersing. Rombongan Ihsan Johor ini telah diketuai sendiri oleh Presiden Pengasasnya YB Hj Suhaimi bin Salleh, manakala pegawai dari JMG ialah En Norhazidi Masrom dan En Mod Aris Md Esa.
LATIH UJI SOP MENCEGAH KEBAKARAN TANAH GAMBUT JOHOR 2017
Mersing, 10 April 2017 - Latih Uji SOP Mencegah Kebakaran Tanah Gambut 2017 Johor telah dilaksanakan di Parit Sembilan, Kampung Air Papan, Mersing pada 10 April 2017 berhampiran telaga air tanah yang dibangunkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor iaitu YB Datuk Haji Ayub Rahmat.
AIRBORNE GEOPHYSICAL INTERPRETATION WORKSHOP
Shah Alam, 4 April 2017 - Baru-baru ini, dua pegawai geosains JMG Johor telah menghadiri bengkel seperti di atas yang diadakan di Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor. Bengkel ini telah memberikan pendedahan berguna bagaimana Maklumat geofizik membantu dalam pentafsiran geologi sama ada dalam kerja-kerja pemetaan geologi atau eksplorasi mineral.
LAWATAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI KE FOREST CITY JOHOR
Johor Bahru, 21 April 2017 - Seramai 25 orang pegawai Jabatan Mineral dan Geosains telah turut serta dalam program lawatan kerja ke Forest City bersempena dengan Mesyuarat Pengarah-Pengarah JMG Negeri di KSL Hotel & Resort Johor Bahru.
MAJLIS APRESIASI DR VIJAYAN a/l V.V.RAJAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI)
Johor Bahru, 18 April 2017 - Majlis Apresiasi Dr Vijayan a/l V.V.Rajan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang akan bersara wajib pada 2 Mei 2017 telah berlangsung di PR1, Infusion Café, KSL Hotel & Resort Johor Bahru.
MESYUARAT TIMBALAN-TIMBALAN PENGARAH NEGERI (MTPN) BIL. 1/2017 DAN MESYUARAT PENGARAH-PENGARAH NEGERI (MPPN) BIL. 2/2017 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)
Johor Bahru, 18 April 2017 - Mesyuarat MTPN Bil. 1/2017 dan mesyuarat MPPN Bil. 2/2017 telah diadakan di KSL Hotel & Resort Johor Bahru. Mesyuarat ini disudahi dengan lawatan kerja ke Forest City pada 21 April 2017.
TAKLIMAT PERATURAN-PERATURAN MINERAL AKTA PEMBANGUNAN MINERAL 1994
Johor Bahru, 22 Februari 2017 - Jabatan Mineral Dan Geosains Johor telah berjaya mengadakan satu sesi taklimat kepada pihak industri terutamanya industri perlombongan dan pemprosesan mineral pada bertempat di Bilik Kuarza bermula jam 8.30 pagi.
KUNJUNG HORMAT JAWATANKUASA PELAKSANA GEOPARK KEBANGSAAN KE PEJABAT YBHG TN HJ ASHARI BIN KASNAN, PEGAWAI DAERAH MERSING
Mersing, 08 Februari 2017 - Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan telah melakukan kunjung hormat ke YBhg Tn Hj Ashari bin Kasnan, Pegawai Daerah Mersing bagi membincangkan cadangan mewujudkan sebuah ‘geopark’ di Mersing.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2016, HARI INOVASI DAN PERSARAAN PENGARAH JMG JOHOR TUAN HAJI ZAKARIA BIN HUSSAIN
Johor Bahru, 21 November 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2016 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, Hari Inovasi dan persaraan Tuan Haji Zakaria bin Hussain telah diadakan serentak di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
KURSUS PERSAMPELAN GEOKIMIA UNTUK PELAJAR INDUSTRI DAN KAKITANGAN BUKAN TEKNIKAL JMG JOHOR DI GUNUNG ARONG, MERSING
Mersing, 30 Ogos 2016 - Unit Sumber Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah merangka satu kursus persampelan geokimia untuk pelajar industri dan kakitangan bukan teknikal yang bertujuan memberi pendedahan tentang kerja-kerja yang dijalankan oleh unit ini. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar latihan industri untuk merasai sendiri pengalaman bekerja di lapangan.